Malaysia legislation

Section 134

of *AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998

Seksyen 134

Perintah ansuran

(a)

untuk mendapatkan kebenaran membayar hutang penghakiman itu secara ansuran; atau

(b)

jika suatu perintah bagi bayaran secara ansuran telah dibuat, untuk mendapatkan kebenaran membayar dengan ansuran yang lebih rendah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak, membuat apa-apa perintah yang difikirkannya adil.

(2)

Jika apa-apa ansuran yang dibenarkan dengan perintah di bawah subseksyen (1) tertunggak selama tempoh lebih daripada satu bulan, perintah itu hendaklah disifatkan telah terbatal dan pemiutang penghakiman bolehlah menjalankan pelaksanaan bagi mendapatkan kesemua amaun yang pada masa itu kena dibayar atas penghakiman itu, tetapi penghutang penghakiman itu boleh memohon untuk mendapatkan perintah yang lain.

(3)

Mana-mana pihak boleh, jika suatu perintah pembayaran secara ansuran telah dibuat, memohon supaya perintah itu dibatalkan atau ansuran itu ditambah atau dikurangkan dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak, membuat apa-apa perintah yang difikirkannya adil.

Penghakiman, dsb., yang menghendaki perbuatan dilakukan;

masa untuk melakukannya

Section 134 — SYARIAH COURT CIVIL PROCEDURE (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1998