Malaysia legislation

Section 139

of *AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998

Seksyen 139

Notis rayuan

(2)

Sesuatu rayuan hendaklah dibuat dengan memberikan notis rayuan dalam Borang MS 29.

(3)

Seseorang perayu boleh merayu terhadap keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada sesuatu keputusan.

(4)

Notis rayuan hendaklah difailkan dalam masa empat belas hari dari hari keputusan itu diumumkan, dan hendaklah menyatakan sama ada keseluruhan atau sebahagian sahaja, dan bahagian yang mana, keputusan itu yang dirayukan.

(5)

Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat hendaklah, apabila menerima notis rayuan itu dan apabila dibayar fi yang ditetapkan, membekalkan kepada perayu salinan diperakui bagi nota-nota keterangan dan penghakiman.

(6)

Sebaik sahaja salinan diperakui itu siap, Mahkamah hendaklah memberitahu perayu dalam Borang MS 30.

(7)

Dalam masa empat belas hari dari penerimaan pemberitahuan di bawah subseksyen

(6)

, perayu hendaklah, melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah—

(a)

mendepositkan di Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat sejumlah wang yang pada pendapat

Pendaftar dapat menampung kos menyediakan bilangan salinan yang mencukupi bagi rekod rayuan untuk kegunaan

Mahkamah yang mendengar rayuan dan pihak-pihak dalam rayuan itu; dan

(b)

menyerah simpan di

Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat sejumlah wang sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah sebagai jaminan untuk kos rayuan.

72

Undang-Undang Malaysia

(8)

Notis rayuan hendaklah disampaikan oleh perayu dalam masa yang dihadkan bagi pemfailan rayuan kepada semua pihak yang terlibat dalam rayuan itu atau kepada Peguam Syarie mereka masing-masing.

Notis rayuan balas

Section 139 — SYARIAH COURT CIVIL PROCEDURE (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1998