Malaysia legislation
Section 142
of *AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
Seksyen 142
(a)
pliding;
(b)
nota keterangan;
(c)
alasan penghakiman;
(d)
notis rayuan;
(e)
alasan rayuan;
(f)
semua ekshibit dokumentar; dan
(g)
senarai ekshibit bukan dokumentar, jika ada, yang diserah simpan di Mahkamah.
(2)
Dua salinan rekod rayuan itu hendaklah difailkan di Mahkamah yang mendengar rayuan itu dalam masa enam minggu selepas penerimaan pemberitahuan daripada Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat yang menyatakan bahawa salinan diperakui bagi nota-nota keterangan dan alasan-alasan penghakiman sudah siap.
(3)
Perayu hendaklah dalam tempoh yang dihadkan bagi memfailkan rekod itu menyampaikan suatu salinan rekod itu kepada setiap pihak yang kepadanya notis rayuan itu telah disampaikan.
Rekod rayuan jika perayu tidak diwakili atau merayu sebagai orang miskin