Malaysia legislation

Section 150

of *AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998

Seksyen 150

(a)

perintah penghantarserahan untuk mendapatkan kembali harta itu tanpa peruntukan pilihan bagi mendapatkan kembali nilai tertaksir harta itu (kemudian daripada ini disebut “perintah penghantarserahan khusus”);

(b)

dalam hal apabila seksyen 151 terpakai, perintah pengkomitan.

(2)

Tertakluk pada Akta ini, suatu penghakiman atau perintah bagi penghantarserahan apa-apa harta alih atau pembayaran nilai tertaksir harta itu bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada satu cara yang berikut, iaitu—

(a)

perintah penghantarserahan untuk mendapatkan kembali harta itu atau nilai tertaksir harta itu;

(b)

dengan kebenaran Mahkamah, perintah penghantarserahan khusus; atau

(c)

dalam hal apabila seksyen 151 terpakai, perintah pengkomitan.

(3)

Sesuatu perintah penghantarserahan khusus, dan suatu perintah penghantarserahan untuk mendapatkan kembali apa-apa harta alih atau nilai tertaksir harta itu, boleh mengandungi peruntukan bagi menguatkuasakan pembayaran apa-apa wang yang dihakimkan atau diperintahkan oleh penghakiman atau perintah yang hendak dikuatkuasakan oleh perintah itu supaya dibayar.

78

Undang-Undang Malaysia

(4)

Sesuatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran nilai tertaksir apa-apa harta alih bolehlah dikuatkuasakan melalui cara yang sama seperti mana-mana penghakiman atau perintah lain bagi pembayaran wang.

Penguatkuasaan penghakiman untuk melakukan atau menahan diri daripada melakukan sesuatu perbuatan

Section 150 — SYARIAH COURT CIVIL PROCEDURE (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1998