Malaysia legislation

Section 159

of *AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998

Seksyen 159

Jenis pelaksanaan

(a)

mendapatkan apa-apa jumlah wang yang kena dibayar dengan menyita dan menjual harta alih penghutang penghakiman itu;

(b)

menahan harta alih penghutang penghakiman itu yang berada dalam milikan atau kawalan pihak ketiga (kemudian daripada ini disebut “muhal ‘alaih”) atau hutang yang kena dibayar oleh muhal ‘alaih kepada penghutang penghakiman itu;

(c)

menyita dan menghantarserahkan kepada pemiutang penghakiman itu apa-apa barang yang diperintahkan supaya dihantarserahkan oleh penghutang penghakiman itu; atau

(d)

menahan pendapatan penghutang penghakiman itu.

(2)

Tiap-tiap perintah bagi pelaksanaan—

Tatacara Mal Mahkamah Syariah

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

(a)

hendaklah menyatakan mengikut cara yang mana sebagaimana yang dinyatakan di bawah subseksyen (1)

pelaksanaan itu hendak dijalankan; dan

(b)

hendaklah memperihalkan dengan khusus harta yang dimaksudkan oleh perintah itu.

(3)

Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pemiutang penghakiman, mengeluarkan suatu perintah pelaksanaan selanjutnya berkenaan dengan harta yang berlainan atau cara pelaksanaan yang berlainan daripada yang telah dinyatakan dalam perintah pelaksanaan yang sedang berkuat kuasa.

Penyitaan dan penjualan

Section 159 — SYARIAH COURT CIVIL PROCEDURE (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1998