Malaysia legislation
Section 161
of *AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
Seksyen 161
(2)
Peruntukan yang berikut hendaklah terpakai jika pelaksanaan diperintahkan melalui penahanan harta dalam milikan atau kawalan seseorang muhal ‘alaih:
(a)
bailif hendaklah menyampaikan kepada muhal ‘alaih suatu notis hiwalah dalam Borang MS 37, dan notis dalam
Tatacara Mal Mahkamah Syariah
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
85
Borang MS 38 hendaklah digunakan jika harta itu berada di dalam Mahkamah;
(b)
segala harta yang dinyatakan dalam notis hiwalah hendaklah ditahan dari masa penyampaian notis itu kepada muhal ‘alaih setakat atau pada nilai yang disebut dalam notis itu, dan apa-apa pemberimilikan atau pelupusan harta itu yang bertentangan dengan terma-terma notis itu, kecuali dengan kebenaran Mahkamah, adalah tak sah terhadap bailif, dan perbuatan itu juga suatu penghinaan mahkamah;
(c)
muhal ‘alaih boleh membayar kepada bailif amaun yang dituntut atau boleh menghantarserahkan kepadanya harta yang ditahan itu;
(d)
jika muhal ‘alaih tidak membuat pembayaran atau penghantarserahan itu, bailif boleh menyampaikan kepadanya suatu saman hiwalah dalam Borang MS 39 dan
Mahkamah hendaklah memeriksanya tentang harta yang ditahan itu:
Dengan syarat bahawa—
(i)
tiada saman yang sedemikian boleh dikeluarkan kepada seseorang pekhidmat awam berkenaan dengan wang atau harta dalam milikannya atas sifatnya yang sedemikian, melainkan dengan kebenaran Mahkamah dan dengan kebenaran bertulis
Perbendaharaan; dan
(ii)
tiada saman yang sedemikian boleh dikeluarkan dalam hal wang, kumpulan wang pelaburan atau harta di dalam mana-mana Mahkamah;
(e)
Mahkamah boleh mendengar keterangan lain mengenai mana-mana saman hiwalah;
(f)
selepas mendengar saman itu, Mahkamah boleh membuat suatu perintah pembayaran atau penghantarserahan dan
86
Undang-Undang Malaysia boleh memerintahkan pelaksanaan dikeluarkan terhadap muhal 'alaih mengenai apa-apa harta dalam tangannya yang didapati telah ditahan dengan sah, seolah-olah muhal ‘alaih itu sendiri ialah penghutang penghakiman bagi amaun yang dituntut terhadap penghutang penghakiman yang asal, atau bagi amaun atau nilai harta dalam tangan muhal ‘alaih itu, mengikut mana-mana yang kurang;
(g)
Mahkamah—
(i)
boleh memerintahkan kos terhadap muhal ‘alaih, dan boleh membenarkan atau tidak membenarkan muhal ‘alaih itu menuntut kos itu daripada penghutang penghakiman;
(ii)
boleh membenarkan kos kepada muhal ‘alaih terhadap pemiutang penghakiman, dan boleh memberikan atau tidak memberikan kebenaran untuk menjadikan kos itu sebagai kos pelaksanaan;
(h)
jika hutang yang kena dibayar secara ansuran menurut suatu penghakiman ditahan, muhal ‘alaih tidaklah bertanggungan membuat pembayaran kecuali mengikut perintah ansuran itu;
(i)
pembayaran oleh muhal ‘alaih di bawah seksyen ini hendaklah menjadi suatu pelepasan yang sah terhadap penghutang penghakiman;
(j)
bailif boleh, atas permintaan pemiutang penghakiman dan hendaklah, jika diperintahkan sedemikian oleh Mahkamah, menarik balik mana-mana notis hiwalah atau saman hiwalah;
(k)
suatu notis hiwalah hendaklah disifatkan telah terbatal tiga bulan selepas penyampaian, melainkan jika prosiding di bawah saman itu masih belum selesai atau Mahkamah memerintahkan selainnya.
Tatacara Mal Mahkamah Syariah
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
87
Wang dan harta di dalam Mahkamah