Malaysia legislation
Section 167
of *AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
Seksyen 167
Penggunaan hasil
Bailif hendaklah menggunakan wang yang dilevikan atau diterimanya melalui pelaksanaan mengikut susunan yang berikut:
(a)
perbelanjaan pelaksanaan;
(b)
pengembalian deposit pemiutang penghakiman yang tidak digunakan;
(c)
jika hal itu termasuk dalam Bahagian XIX, pembayaran ke dalam Mahkamah yang hendaklah diperlakukan mengikut
Bahagian itu;
(d)
jika hal itu yang tidak termasuk dalam Bahagian XIX, pembayaran ke dalam Mahkamah untuk kredit pemiutang penghakiman tidak melebihi amaun yang diperlukan untuk
Tatacara Mal Mahkamah Syariah
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
89
menunaikan penghakiman yang mengenainya pelaksanaan itu dikeluarkan dan kos pelaksanaan itu; dan
(e)
pembayaran bakinya ke dalam Mahkamah untuk kredit penghutang penghakiman.
Perbelanjaan