Malaysia legislation
Section 16
of *AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
Seksyen 16
Tuntutan atau pembelaan lisan
(2)
Mahkamah hendaklah menyampaikan suatu salinan rekod yang dibuat di bawah subseksyen (1) kepada pihak yang baginya butir-butir tuntutan atau pembelaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, direkodkan.
(3)
Apabila dia menerima rekod yang disebut dalam subseksyen (2), pihak yang kepadanya rekod itu disampaikan hendaklah—
(a)
memperakui butir-butir yang terkandung dalam rekod itu dengan menurunkan tandatangannya atau cap ibu jari kanannya pada rekod itu;
Tatacara Mal Mahkamah Syariah
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
(b)
menyediakan salinan yang mencukupi bagi rekod itu supaya satu salinan boleh disampaikan kepada setiap pihak lain dalam prosiding itu; dan
(c)
menyampaikan satu salinan rekod itu kepada tiap-tiap pihak itu sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum hari kehadiran.
(4)
Jika Mahkamah membenarkan sesuatu tuntutan atau pembelaan dibuat mengikut subseksyen (1), Mahkamah hendaklah mengenakan apa-apa fi yang ditetapkan sebagai tambahan kepada apa-apa fi lain yang kena dibayar di bawah Akta ini.