Malaysia legislation
Section 18
of *AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
Seksyen 18
Percantuman pihak
(a)
tindakan-tindakan yang berasingan dibawa oleh atau terhadap setiap seorang daripada mereka, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan soalan undang-undang atau fakta yang sama akan timbul dalam kesemua tindakan itu; dan 26
Undang-Undang Malaysia
(b)
segala hak untuk mendapatkan relief yang dituntut dalam tindakan itu, sama ada hak-hak itu bersesama, berasingan atau sebagai pilihan, adalah berkenaan dengan atau timbul daripada transaksi atau siri transaksi yang sama.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), jika Mahkamah mendapati bahawa apa-apa percantuman boleh menyulitkan mana-mana defendan atau melengahkan perbicaraan atau selainnya menyusahkan,
Mahkamah boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan defendan, memerintahkan supaya diadakan perbicaraan yang berasingan atau membuat apa-apa perintah lain yang difikirkannya patut.
(3)
Penghakiman boleh diberikan tanpa apa-apa pindaan kepada mana-mana plaintif bagi relief yang dia berhak mendapatnya, atau terhadap mana-mana seorang defendan atau lebih yang didapati bertanggungan mengikut tanggungan mereka masing-masing.
Perubahan pihak