Malaysia legislation

Section 206

of *AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998

Seksyen 206

Jika plaintif, atau defendan melalui tuntutan balas, menuntut untuk mendapatkan kembali harta alih tertentu dan pihak yang daripadanya harta itu hendak didapatkan kembali tidak mempertikaikan hak milik pihak yang membuat tuntutan itu tetapi menuntut bahawa dia berhak memegang simpan harta itu menurut kuasa suatu lien atau selainnya sebagai jaminan bagi apa-apa jumlah wang, Mahkamah boleh, pada bila-bila masa selepas tuntutan bahawa dia berhak sedemikian ternyata daripada pliding itu, jika ada, atau

106

Undang-Undang Malaysia melalui afidavit atau selainnya hingga memuaskan hatinya, memerintahkan bahawa pihak yang hendak mendapatkan kembali harta itu bebas untuk membayar ke dalam Mahkamah, sementara menanti keputusan tindakan itu, amaun wang yang mengenainya jaminan itu dituntut dan apa-apa jumlah wang selanjutnya, jika ada, bagi bayaran perkhidmatan dan kos sebagaimana yang diarahkan oleh

Mahkamah dan bahawa, apabila bayaran sedemikian dibuat, harta yang dituntut itu hendaklah diserahkan kepada pihak yang menuntutnya, tetapi tertakluk pada *Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17].

Section 206 — SYARIAH COURT CIVIL PROCEDURE (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1998