Malaysia legislation
Section 230
of *AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
Seksyen 230
Jika penghinaan Mahkamah dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa penghinaan itu dilakukan ialah pengarah, pengurus atau setiausaha pertubuhan perbadanan itu atau selainnya bertanggungjawab atas pengurusan pertubuhan perbadanan itu juga melakukan penghinaan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa—
(a)
penghinaan itu telah dilakukan oleh pertubuhan perbadanan itu tanpa persetujuan atau pembiarannya; atau
(b)
dia telah mengambil segala usaha yang wajar bagi mengelakkan berlakunya penghinaan itu sebagaimana yang patut diambil olehnya dengan mengambil kira sifat jawatannya atau jenis tugasnya dalam pertubuhan perbadanan itu dan segala hal keadaan.
Prosiding tanpa kebenaran