Malaysia legislation

Section 23

of *AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998

Seksyen 23

(2)

Notis mana-mana permohonan di bawah subseksyen (1)

hendaklah disampaikan kepada semua pihak.

(3)

Jika suatu permohonan sepatutnya dibuat di bawah subseksyen (1) dan tidak dibuat dalam tempoh yang munasabah,

Mahkamah boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak, memerintahkan supaya pihak atau orang yang berkenaan membuat permohonan dalam suatu tempoh yang

Tatacara Mal Mahkamah Syariah

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

29

ditentukan, dan jika pihak atau orang itu ingkar boleh membatalkan atau membuang prosiding itu, atau memerintahkan supaya pihak atau orang yang berkenaan dihalang daripada membela, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4)

Jika mana-mana perkara yang disebut dalam subseksyen (1)

berlaku selepas penghakiman dan ada wang untuk manfaat prosiding itu di Mahkamah, Mahkamah boleh memerintahkan supaya disampaikan kepada mana-mana orang apa-apa permohonan untuk mendapatkan suatu perintah bagi pembayaran daripada Mahkamah.

ORANG TAK BERKEUPAYAAN

Orang tak berkeupayaan

Section 23 — SYARIAH COURT CIVIL PROCEDURE (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1998