Malaysia legislation

Section 60

of *AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998

Seksyen 60

(a)

supaya mana-mana pihak menuntut dijadikan defendan dalam mana-mana tindakan yang belum selesai mengenai hal perkara yang dipertikaikan itu sebagai menggantikan atau sebagai tambahan kepada pemohon yang memohon relief di bawah Bahagian ini; atau

(b)

supaya sesuatu isu antara pihak-pihak menuntut itu dinyatakan dan dibicarakan dan boleh mengarahkan yang mana antara pihak-pihak menuntut itu yang hendak dijadikan plaintif dan yang mana yang hendak dijadikan defendan.

(2)

Jika—

(a)

pemohon atas suatu saman di bawah Bahagian ini ialah seorang bailif;

(b)

semua pihak menuntut bersetuju atau mana-mana antara mereka meminta sedemikian; atau

(c)

soalan yang menjadi isu antara pihak-pihak menuntut ialah soalan undang-undang dan fakta-faktanya tidak dipertikaikan, maka Mahkamah boleh memutuskan secara terus soalan yang menjadi isu antara pihak-pihak menuntut itu dan membuat suatu perintah dengan sewajarnya atas apa-apa terma yang difikirkannya adil.

Kuasa lain

Section 60 — SYARIAH COURT CIVIL PROCEDURE (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1998