Malaysia legislation
Section 93
of *AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
Seksyen 93
Jika suatu perintah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah bagi pemindahan mana-mana prosiding daripada Mahkamah Rendah
Syariah kepada Mahkamah Tinggi Syariah, maka Pendaftar
Mahkamah Rendah Syariah hendaklah menghantar kepada Pendaftar
Mahkamah Tinggi Syariah fail prosiding itu, segala dokumen, ekshibit dan salinan diperakui bagi nota keterangan, jika ada, dan Pendaftar hendaklah memberikan notis pemindahan itu dalam Borang MS 18
kepada tiap-tiap pihak dalam tindakan itu.