Malaysia legislation
Section 15
of *AKTA PROFESION GUAMAN SYARIE (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2019
Seksyen 15
(2)
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disokong oleh suatu afidavit yang melampirkan—
(a)
dalam hal permohonan oleh orang berkelayakan—
(i)
salinan diperakui apa-apa keterangan dokumentar yang menunjukkan bahawa dia merupakan orang berkelayakan;
(ii)
dua perakuan terkini mengenai kelakuan baiknya;
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 814
(iii)
suatu perakuan ketekunan daripada pengajar yang dengannya pemohon itu menjalani pelatihannya dalam hal jika dia dikehendaki untuk menjalani suatu tempoh pelatihan, atau jika perakuan itu tiada apa-apa keterangan lain yang dikehendaki oleh Mahkamah Tinggi Syariah yang menunjukkan bahawa dia telah menjalani pelatihan itu dengan tekun;
(iv)
jika terpakai, suatu perakuan yang ditandatangani oleh
Setiausaha Lembaga bahawa pemohon telah menghadiri kursus pengajaran, latihan, pendidikan, temu duga atau peperiksaan yang ditetapkan oleh Lembaga; dan
(v)
salinan diperakui apa-apa keterangan dokumentar yang menunjukkan bahawa pemohon telah mencapai umur dua puluh satu tahun, beragama Islam dan merupakan sama ada warganegara atau pemastautin tetap Malaysia; atau
(b)
dalam hal permohonan oleh Peguam Syarie Negeri—
(i)
suatu salinan diperakui perintah mahkamah syariah atau salinan perakuan amalan bagi Negeri yang menerimanya masuk sebagai Peguam Syarie;
(ii)
suatu salinan diperakui pengesahan yang diberikan oleh
Peguam Syarie yang telah menjalankan amalan di Negeri itu sekurang-kurangnya lima tahun, bahawa pada pengetahuannya, pemohon telah melibatkan diri dalam menjalankan amalan secara aktif sebagai Peguam Syarie di mana-mana Negeri sebelum dia memohon bagi penerimaan masuk; dan
(iii)
suatu salinan diperakui pengesahan yang diberikan oleh setiausaha atau pegawai lain bagi
Jabatan yang bertanggungjawab bagi kelakuan dan tatatertib Peguam
Syarie di Negeri itu, bahawa pemohon itu tidak pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan tatatertib.
(3)
Permohonan, afidavit, pengesahan, dokumen dan keterangan yang dinyatakan dalam seksyen ini hendaklah mengikut cara yang ditentukan oleh
Mahkamah Tinggi Syariah.
Profesion Guaman Syarie 21
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Memfailkan salinan permohonan