Malaysia legislation
Section 20
of *AKTA PROFESION GUAMAN SYARIE (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2019
Seksyen 20
(2)
Bantahan di bawah subseksyen (1) hendaklah difailkan di Pejabat
Ketua Pendaftar dan hendaklah mengandungi nama penuh, pekerjaan dan alamat orang yang membantah permohonan bagi penerimaan masuk itu, suatu pernyataan ringkas tentang alasan bantahannya serta alamat bagi penyampaian.
(3)
Apabila bantahan itu difailkan, permohonan bagi penerimaan masuk tidak boleh didengar melainkan jika suatu notis pendengaran tidak kurang daripada tiga hari telah disampaikan kepada orang yang membantah permohonan bagi penerimaan masuk itu.
(4)
Orang yang membantah permohonan bagi penerimaan masuk itu boleh hadir dalam pendengaran permohonan bagi penerimaan masuk sebagai
Peguam Syarie itu.
(5)
Pendengaran permohonan bagi penerimaan masuk sebagai Peguam
Syarie boleh didengar tanpa kehadiran orang yang membantah permohonan bagi penerimaan masuk sebagai Peguam Syarie itu.
(6)
Pendengaran bagi bantahan itu hendaklah didengar dalam prosiding yang sama dengan, dan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang sama bagi, pendengaran permohonan bagi penerimaan masuk sebagai
Peguam Syarie.
Penerimaan masuk sebagai Peguam Syarie