Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA PROFESION GUAMAN SYARIE (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2019

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 814

“anak guam” termasuklah—

(a)

berhubung dengan urusan pertikaian—

(i)

mana-mana orang yang sebagai prinsipal atau bagi pihak orang lain melantik atau mengguna khidmat Peguam Syarie;

dan

(ii)

mana-mana orang yang bertanggungan atau mungkin bertanggungan untuk membayar kos Peguam Syarie; atau

(b)

berhubung dengan urusan bukan pertikaian—

(i)

mana-mana orang yang, sebagai prinsipal atau bagi pihak orang lain, atau sebagai pemegang amanah, wasi atau pentadbir, atau atas apa-apa kapasiti lain, mempunyai kuasa yang nyata atau tersirat, untuk melantik atau mengguna khidmat Peguam Syarie; dan

(ii)

mana-mana orang yang pada masa itu bertanggungan atau mungkin bertanggungan untuk membayar kos Peguam

Syarie bagi perkhidmatannya;

“Badan

Peguam

Syarie”

ertinya

Badan

Peguam

Syarie

Wilayah-Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 42;

“Daftar” ertinya Daftar Peguam Syarie yang disimpan dan disenggara di bawah seksyen 24;

“Daftar Pengamal” ertinya Daftar Perakuan Amalan Tahunan yang disimpan dan disenggara di bawah seksyen 31;

“Ketua Hakim Syariah” ertinya Ketua Hakim Syariah Wilayah-Wilayah

Persekutuan;

“Ketua Pendaftar” ertinya Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah

Wilayah-Wilayah Persekutuan;

Profesion Guaman Syarie 11

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

“Ketua

Pendakwa

Syarie”

ertinya

Ketua

Pendakwa

Syarie

Wilayah-Wilayah Persekutuan;

“kos” termasuklah fi, caj, pembayaran, perbelanjaan dan saraan;

“Lembaga” ertinya Lembaga Kelayakan Profesion Guaman Syarie yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“mahkamah syariah” ertinya Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi

Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah seksyen 40 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam

(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505];

“Mahkamah

Tinggi

Syariah”

ertinya

Mahkamah

Tinggi

Syariah

Wilayah-Wilayah Persekutuan;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pentadbiran agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan;

“orang yang tidak diberi kuasa” ertinya seseorang yang namanya tidak tersenarai dalam Daftar dan tidak mempunyai Perakuan Amalan Tahunan yang sah;

“pegawai syariah” ertinya pegawai syariah dalam perkhidmatan awam am

Persekutuan atau dalam perkhidmatan awam am mana-mana Negeri;

“pegawai undang-undang”

ertinya pegawai undang-undang dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan;

“peguam bela dan peguam cara” ertinya peguam bela dan peguam cara yang berdaftar di bawah

Akta

Profesion

Undang-Undang 1976

[Akta 166];

“Peguam Syarie” ertinya Peguam Syarie yang telah diterima masuk sebagai

Peguam Syarie di Mahkamah Tinggi Syariah dan yang telah didaftarkan di bawah seksyen 24;

“Peguam Syarie Negeri” ertinya mana-mana orang berkelayakan yang telah diterima masuk sebagai Peguam Syarie di mana-mana Negeri di Malaysia;

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 814

“pelatih dalam kamar” ertinya orang berkelayakan yang menjalani suatu tempoh pelatihan di bawah seksyen 13;

“pelatihan” ertinya pelatihan dalam kamar;

“pengajar” ertinya Peguam Syarie yang dengannya pelatih dalam kamar menjalani tempoh pelatihannya di bawah seksyen 13;

“Pengesahan Sokongan” ertinya pengesahan yang dikeluarkan di bawah seksyen 28;

“Setiausaha Lembaga” ertinya Setiausaha Lembaga Kelayakan Profesion

Guaman Syarie yang disebut dalam subseksyen 7(1).

Section 2 — SYARIE LEGAL PROFESSION (FEDERAL TERRITORIES) ACT 2019