Malaysia legislation
Section 35
of *AKTA PROFESION GUAMAN SYARIE (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2019
Seksyen 35
Orang yang tidak diberi kuasa
(a)
bertindak sebagai Peguam Syarie atau ejen bagi mana-mana pihak kepada prosiding atau atas apa-apa kapasiti, selain sebagai suatu pihak kepada suatu tindakan yang baginya dia sendiri adalah pihak, memulakan, menjalankan, memujuk rayu atau membela apa-apa tindakan, guaman atau prosiding lain atas nama mana-mana orang lain dalam mana-mana mahkamah syariah atau membuat atau menyediakan apa-apa surat cara yang berhubungan dengan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah syariah;
atau
(b)
dengan sengaja atau secara palsu menyamar menjadi, atau memakai atau menggunakan apa-apa nama, gelaran, tambahan atau perihalan yang membayangkan bahawa dia berkelayakan atau diberi kuasa dengan sewajarnya untuk bertindak sebagai Peguam
Syarie, atau bahawa dia diiktiraf oleh undang-undang sebagai berkelayakan atau diberi kuasa sedemikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1) dan (3), mana-mana orang yang tidak diberi kuasa sama ada secara langsung atau secara tidak langsung—
(a)
membuat atau menyediakan apa-apa dokumen atau surat cara yang berhubungan dengan apa-apa harta tak alih atau dengan apa-apa prosiding undang-undang atau apa-apa amanah bagi maksud dan berhubung dengan apa-apa tindakan dan guaman dalam mana-mana mahkamah syariah;
(b)
mengambil arahan untuk membuat atau menyediakan apa-apa dokumen untuk mengasaskan atau menentang suatu pemberian
Profesion Guaman Syarie 33
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
probet atau surat kuasa mentadbir dalam mana-mana Mahkamah
Tinggi Syariah; atau
(c)
bagi pihak suatu pihak menuntut atau seorang yang mengatakan dirinya sebagai mempunyai tuntutan atas suatu hak di sisi undang-undang, menulis, menyiarkan atau menghantar suatu surat atau notis yang mengugut hendak mengambil prosiding undang-undang selain suatu surat atau notis menyatakan bahawa perkara itu akan diserahkan kepada Peguam Syarie bagi prosiding undang-undang, melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen ini melainkan jika dia membuktikan bahawa tindakan itu telah dilakukan bukan untuk atau dengan harapan untuk mendapat apa-apa fi, keuntungan atau hadiah.
(3)
Mana-mana orang yang tidak diberi kuasa yang melakukan atau memujuk rayu hak untuk melakukan apa-apa tindakan yang lazimnya dalam fungsi atau tanggungjawab Peguam Syarie, termasuk tetapi tidak terhad kepada memberikan nasihat tentang undang-undang Syariah, melainkan jika dia membuktikan bahawa tindakan itu telah dilakukan bukan untuk atau dengan harapan untuk mendapatkan apa-apa fi, keuntungan atau hadiah, melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen ini.
(4)
Mana-mana orang yang tidak diberi kuasa yang menawarkan perkhidmatan sebagai Peguam Syarie melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen ini.
(5)
Mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (2), (3) dan (4)
boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sembilan puluh hari atau kedua-duanya bagi kesalahan kali pertama, dan bagi kesalahan kali kedua
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 814
atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Orang tertentu boleh bertindak sebagai Peguam Syarie