Malaysia legislation
Section 39
of *AKTA PROFESION GUAMAN SYARIE (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2019
Seksyen 39
(2)
Permohonan di bawah subseksyen (1) termasuklah—
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 814
(a)
nama firma yang dicadangkan;
(b)
nama Peguam Syarie dan pekongsi, jika berkenaan;
(c)
alamat utama atau mana-mana alamat lain firma yang dicadangkan; dan
(d)
butir-butir lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Majlis
Peguam Syarie.
(3)
Majlis Peguam Syarie boleh, setelah menerima permohonan di bawah subseksyen (1)—
(a)
mengeluarkan perakuan pendaftaran; dan
(b)
meluluskan nama firma yang dicadangkan.
(4)
Majlis Peguam Syarie boleh menolak suatu perakuan bagi pendaftaran atas alasan bahawa nama firma yang dicadangkan itu memperdayakan atau mungkin menjadi terkeliru dengan nama firma lain yang telah didaftarkan.
(5)
Mana-mana Peguam Syarie yang tidak puas hati dengan keputusan
Majlis Peguam Syarie boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi Syariah.
(6)
Mana-mana
Peguam
Syarie yang tidak mematuhi subseksyen (1) hendaklah tertakluk pada prosiding tatatertib.
Daftar nama firma