Malaysia legislation
Section 56
of *AKTA PROFESION GUAMAN SYARIE (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2019
Seksyen 56
(2)
Presiden Badan Peguam Syarie tidak boleh memegang jawatan lebih daripada dua penggal berturut-turut.
(3)
Presiden Badan Peguam Syarie hendaklah juga berkhidmat sebagai
Pengerusi Majlis Peguam Syarie.
(4)
Sekiranya apa-apa kekosongan luar jangka berbangkit berkenaan dengan jawatan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha atau Bendahari, Majlis
Peguam Syarie hendaklah, dalam mesyuarat yang berikutnya atau dengan seberapa segera yang boleh, memilih seorang daripada anggotanya untuk mengisi kekosongan itu.
(5)
Presiden Badan Peguam Syarie hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Majlis Peguam Syarie dan Badan Peguam Syarie.
(6)
Dalam hal apabila Presiden tidak berupaya menjalankan fungsinya sebagai Presiden, Naib Presiden hendaklah mempengerusikan mesyuarat
Majlis Peguam Syarie atau Badan Peguam Syarie, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(7)
Dalam hal apabila Presiden dan Naib Presiden tidak berupaya menjalankan fungsinya sebagai Presiden dan Naib Presiden, mengikut mana-mana yang berkenaan, mesyuarat Majlis Peguam Syarie atau Badan
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 814
Peguam Syarie hendaklah dipengerusikan oleh mana-mana anggotanya yang dipilih oleh Majlis Peguam Syarie.
(8)
Peruntukan Jadual Kedua kepada Akta hendaklah terpakai bagi anggota Majlis Peguam Syarie.
Pengosongan jawatan anggota Majlis Peguam Syarie