Malaysia legislation
Section 63
of *AKTA PROFESION GUAMAN SYARIE (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2019
Seksyen 63
(2)
Kecuali setakat yang perlu bagi maksud menyiarkan suatu laporan atau menguatkuasakan apa-apa ketetapan yang diluluskan atau keputusan yang diambil, kerahsiaan pertimbangtelitian dalam semua mesyuarat, prosiding atau siasatan Lembaga, Majlis Peguam Syarie dan Lembaga Tatatertib dan berkenaan dengan semua dokumen berhubung dengan proses pertimbangtelitian hendaklah disimpan dan disenggara oleh anggota
Lembaga, Majlis Peguam Syarie, Lembaga Tatatertib dan oleh kakitangan mereka.
(3)
Mana-mana anggota Lembaga, Majlis Peguam Syarie, Lembaga
Tatatertib, dan kakitangan mereka yang terlibat dalam apa-apa pertimbangtelitian yang disebut dalam subseksyen (2) tidak boleh dipaksa untuk menzahirkan kepada mana-mana mahkamah apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pertimbangtelitian itu melainkan jika mahkamah menganggap penzahiran itu adalah penting demi kepentingan keadilan.
Profesion Guaman Syarie 51
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)