Malaysia legislation
Section 69
of *AKTA PROFESION GUAMAN SYARIE (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2019
Seksyen 69
(a)
bertindak sebagai ejen dalam apa-apa jenis prosiding undang-undang atau dalam apa-apa perkara yang di bawah Akta ini hanya boleh dilakukan oleh Peguam Syarie yang mempunyai
Perakuan Amalan Tahunan yang sah;
(b)
membenarkan namanya digunakan dalam mana-mana prosiding undang-undang atau perkara bagi pihak atau bagi keuntungan mana-mana Peguam Syarie yang lain, atau menghantar apa-apa proses kepada Peguam Syarie yang lain; atau
(c)
melakukan apa-apa perbuatan lain yang membolehkan Peguam
Syarie itu hadir, bertindak, menjalankan amalan atau berupa sebagai menjalankan amalan sebagai Peguam Syarie dalam apa-apa prosiding atau perkara itu.
(2)
Peguam Syarie tidak boleh memberi kuasa kepada mana-mana orang yang tidak diberi kuasa untuk mengendalikan apa-apa akaun bank atas namanya atau atas nama firmanya dan yang disenggara olehnya atau oleh firmanya yang berkaitan dengan amalannya sebagai Peguam Syarie.
(3)
Mana-mana Peguam Syarie yang berlanggaran dengan subseksyen (1)
atau (2) hendaklah tertakluk pada prosiding tatatertib.
58 Undang-Undang Malaysia AKTA 814
Peguam Syarie tidak boleh mengguna khidmat seorang bankrap yang belum dilepaskan, dsb.