Malaysia legislation

Section 6

of *AKTA PROFESION GUAMAN SYARIE (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2019

Seksyen 6

(a)

Ketua Hakim Syariah yang hendaklah menjadi Pengerusi;

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 814

(b)

Pengerusi Majlis Peguam Syarie yang hendaklah menjadi

Timbalan Pengerusi;

(c)

wakil Jabatan Peguam Negara yang hendaklah beragama Islam;

(d)

Ketua Pendakwa Syarie;

(e)

seorang Peguam Syarie yang telah menjalankan amalan selama tempoh tidak kurang daripada dua puluh tahun yang dinamakan oleh Majlis Peguam Syarie;

(f)

seorang ahli akademik dalam bidang syariah daripada institusi pengajian tinggi yang dinamakan oleh

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pendidikan; dan

(g)

seorang ahli akademik dalam bidang undang-undang daripada institusi pengajian tinggi yang dinamakan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pendidikan.

(2)

Anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan (1)(e), (f) dan (g)

hendaklah memegang jawatan selama tempoh tiga tahun dan layak untuk dilantik semula bagi tiga tahun lagi.

(3)

Anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan (1)(e), (f) dan (g)

hendaklah disifatkan telah mengosongkan jawatannya sebagai anggota

Lembaga jika—

(a)

dia bukan lagi warganegara Malaysia;

(b)

dia tidak lagi bermastautin di Malaysia;

(c)

dia seorang bankrap yang belum dilepaskan;

(d)

dia telah didapati bersalah oleh mana-mana mahkamah atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak, atau apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada hukuman penjara sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda;

Profesion Guaman Syarie 15

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

(e)

dalam hal anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(e)—

(i)

dia tidak lagi memegang suatu Perakuan Amalan Tahunan yang sah yang dikeluarkan di bawah Akta ini; atau

(ii)

dia telah disabitkan oleh Lembaga Tatatertib bagi apa-apa salah laku di bawah Bahagian IX Akta ini; atau

(f)

dalam hal anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(f) atau

(g)

(i)

dia telah dihukum oleh lembaga tatatertib yang berwibawa bagi apa-apa kesalahan tatatertib; atau

(ii)

dia telah meletakkan jawatan daripada institusi pengajian tinggi.

(4)

Anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(e), (f) atau (g) boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui notis secara bertulis kepada Pengerusi Lembaga.

(5)

Peruntukan dalam Jadual Pertama kepada Akta hendaklah terpakai bagi anggota Lembaga.

Setiausaha Lembaga

Section 6 — SYARIE LEGAL PROFESSION (FEDERAL TERRITORIES) ACT 2019