Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
(2)
Jika suatu perisytiharan dibuat di bawah subseksyen (1),
Lembaga hendaklah juga menentukan cara, amaun dan masa bagi mengkreditkan untung boleh agih itu kepada setiap pendeposit.
Tabung Haji 23
(3)
Tiada untung boleh agih boleh diisytiharkan melainkan jika
Lembaga telah terlebih dahulu menubuhkan Kumpulan Wang
Rizab, dan tiada untung boleh agih boleh diisytiharkan dalam mana-mana tahun melainkan jika pada akhir tahun itu—
(a)
aset Kumpulan Wang tidak kurang daripada jumlah liabiliti
Kumpulan Wang, amaun yang kena dibayar kepada pendeposit dikira seolah-olah kena dibayar dengan serta-merta; dan
(b)
aset Kumpulan Wang Rizab tidak kurang daripada apa-apa peratusan amaun yang sebenarnya terkredit untuk pendeposit setakat akhir tahun itu termasuk untung boleh agih, sebagaimana yang diluluskan oleh Perbendaharaan.
(4)
Apa-apa pembayaran yang dikehendaki dibuat daripada
Kumpulan Wang bagi maksud seksyen ini hendaklah, setakat yang wang dalam Kumpulan Wang itu tidak mencukupi bagi maksud itu, dibuat daripada Kumpulan Wang Rizab.
(5)
Apa-apa keputusan Lembaga berkenaan dengan amaun untung boleh agih yang akan diumpukkan kepada seseorang pendeposit adalah muktamad dan mengikat pendeposit itu dan sesuatu perakuan oleh Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah menjadi keterangan muktamad tentang untung boleh agih yang diumpukkan kepada pendeposit itu.
Wang tidak dituntut