Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Mesyuarat Lembaga
(2)
Tiga orang anggota Lembaga hendaklah membentuk kuorum pada mana-mana mesyuarat Lembaga.
(3)
Pengerusi atau, semasa ketiadaannya, anggota yang dilantik oleh anggota yang hadir hendaklah mempengerusikan mesyuarat.
(4)
Sekiranya atas apa-apa persoalan terdapat persamaan undi,
Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi asalnya.
(5)
Apa-apa minit yang dibuat tentang mesyuarat Lembaga hendaklah, sekiranya ditandatangani sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya dan tiap-tiap mesyuarat Lembaga yang berkenaan dengannya minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota pada mesyuarat itu sewajarnya layak untuk bertindak.
(6)
Tertakluk kepada subseksyen (1), (2), (3), (4) dan (5),
Lembaga boleh menentukan tatacaranya sendiri.
Undang-Undang Malaysia 14
Pendedahan kepentingan dalam transaksi dengan Lembaga