Malaysia legislation

Section 11

of AKTA TAKAFUL 1984

Seksyen 11

(a)

pengendali mengejar matlamat atau menjalankan kendalian yang melibatkan apa-apa unsur yang tidak diluluskan oleh Syariah;

(b)

pengendali belum lagi memulakan perniagaan dalam masa dua belas bulan selepas didaftarkan;

(c)

pengendali tidak lagi menjalankan perniagaan takaful berkenaan dengan mana-mana kelas perniagaan;

(d)

pengendali gagal mengekalkan lebihan aset dari liabiliti mengikut subseksyen (2) (b) seksyen 4;

(e)

pengendali telah mengabaikan atau enggan mematuhi perintah Ketua Pengarah untuk mengganti apa-apa kekurangan, bila-bila masa sahaja kumpulan wang takafulnya telah menjadi kurang;

(f)

pengendali bercadang untuk membuat, atau telah membuat apa-apa komposisi atau perkiraan dengan pemiutang-pemiutangnya atau telah dilikuidasikan atau telah digulung atau selainnya dibubarkan;

(g)

pengendali menjalankan perniagaannya mengikut cara yang mungkin merosakkan kepentingan peserta-pesertanya;

(h)

pengendali tidak dapat menunaikan obligasinya;

(i)

pengendali telah gagal melaksanakan perkiraan takaful semula dengan memuaskan hati;

(j)

pengendali melanggar atau telah melanggar peruntukan-peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan atau apa-apa syarat yang dikenakan atau apa-apa arahan yang diberi oleh Ketua Pengarah di bawah Akta ini;

(k)

pengendali telah disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana pegawainya yang berpangkat pengurus atau eksekutif telah disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini;

(l)

pengendali telah memberikan maklumat yang palsu, mengelirukan atau tidak tepat atau telah menyembunyikan atau tidak menzahirkan fakta-fakta matan dalam permohonannya bagi pendaftaran; atau

(m)

adalah bagi kepentingan awam untuk membatalkan pendaftaran itu.

(2)

Ketua Pengarah hendaklah sebelum membatalkan apa-apa pendaftaran di bawah subseksyen (1) menyebabkan diberi kepada pengendali yang berkenaan notis secara bertulis tentang niatnya untuk berbuat demikian, dengan menyatakan suatu tarikh, tidak kurang daripada empat belas hari selepas tarikh notis itu, bila pembatalan akan berkuatkuasa dan memanggil pengendali untuk memberi sebab kepada Ketua Pengarah mengapa pendaftaran itu tidak patut dibatalkan.

(3)

Wal orang pen selagi pe liabiliti be oleh kel dengan I ambil ap nya perl

Ketua F peruntuk untuk li ada atau akan ca

(4)

A suatu p lah der tang p

(5)

N telah masa tulis te pemba nya a

(3)

Walaupun pada hakikatnya pendaftaran seseorang pengendali telah dibatalkan di bawah seksyen ini, selagi pengendali masih berada di bawah apa-apa liabiliti berkenaan dengan sijil Malaysia yang dipunyai oleh kelas perniagaan takaful yang dimaksudkan dengan pendaftaran itu, pengendali hendaklah mengambil apa-apa tindakan sebagaimana yang difikirkannya perlu atau sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah untuk memuaskan hatinya bahawa peruntukan yang munasabah telah atau akan dibuat untuk liabiliti itu dan bahawa perkiraan secukupnya ada atau akan ada bagi membuat bayaran di Malaysia akan caruman dan tuntutan ke atas sijil itu.

(4)

Apabila Ketua Pengarah telah membatalkan suatu pendaftaran di bawah subseksyen (1) dia hendak-lah dengan serta-merta memberitahu pengendali tentang pembatalan itu.

(5)

Mana-mana pengendali yang pendaftarannya telah dibatalkan menurut seksyen ini boleh, dalam masa enam puluh hari setelah diberitahu secara bertulis tentang pembatalan itu, merayu terhadap perintah pembatalan itu kepada Menteri yang mana keputusannya adalah muktamad.

(6)

Suatu perintah pembatalan yang dibuat oleh Ketua Pengarah, atau jika terdapat suatu rayuan, keputusan Menteri yang mengesahkan perintah pembatalan itu tidaklah boleh berkuatkuasa sehingga tamat tempoh empat belas hari selepas pengendali telah diberitahu secara bertulis tentang perintah atau keputusan itu.