Malaysia legislation

Section 12

of AKTA TAKAFUL 1984

Seksyen 12

(a)

notis pembatalan itu hendaklah disiarkan dalam Warta; dan

(b)

pengendali hendaklah berhenti, dari tarikh pembatalan itu, menjalankan perniagaan takaful di Malaysia dari kelas yang berkenaan dengannya pendaftarannya telah dibatalkan di bawah Akta ini, selain daripada melalui pungutan atau penerimaan caruman atas sijil Malaysia yang tergolong dalam kelas itu yang dilaksanakan sebelum tarikh pembatalan pen-daftaran dan subseksyen (2) seksyen 4 tidaklah terpakai bagi pengendali berkenaan dengan pungutan atau penerimaan caruman itu.

(2)

Peruntukan-peruntukan subseksyen (1) (a) tidak-lah menjejaskan penguatkuasaan oleh mana-mana peserta atau orang akan apa-apa hak atau tuntutan terhadap pengendali atau oleh pengendali akan apa-apa hak atau tuntutan terhadap mana-mana peserta atau orang.