Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
(2)
Apa-apa deposit tersebut hendaklah dibuat dengan wang tunai atau sekuriti yang dinyatakan dalam Jadual Pertama atau sebahagiannya dengan satu cara dan sebahagiannya lagi dengan cara yang satu lagi; dan apa-apa wang tunai yang terkandung dalam suatu deposit boleh dilaburkan mengikut apa-apa cara yang tidak bertentangan dengan Syariah sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.
(3)
Semua pendapatan yang terakru berkenaan dengan suatu deposit adalah kena dibayar kepada pengendali yang membuat deposit itu.
(4)
Suatu deposit yang dibuat di bawah seksyen ini berkenaan dengan sesuatu kelas perniagaan takaful hendaklah disimpan oleh Akauntan Negara sehingga pengendali tidak lagi didaftarkan berkenaan dengan kelas perniagaan takaful itu atau deposit itu dikehendaki semasa menggulung pengendali, dan jika pengendali tidak lagi didaftarkan seperti tersebut di atas, deposit itu atau sebahagian daripadanya boleh disimpan selanjutnya bagi maksud dan mengikut mana-mana peruntukan bagi liabiliti berkenaan dengan sijil sebagaimana yang dikehendaki oleh subseksyen (3) seksyen 11.
(5)
Jika pada bila-bila masa suatu deposit di bawah seksyen ini (selain dari suatu deposit yang disimpan setelah pengendali tidak lagi didaftarkan seperti tersebut di atas) terdiri dari aset selain dari sekuriti Kerajaan dan nilai aset itu adalah kurang daripada jumlah
TAKAFUL wang yang ditetapkan menurut subseksyen (1) yang dikurangkan oleh nilai bagi mana-mana sekuriti Kerajaan yang terkandung dalam deposit itu, maka Ketua Pengarah boleh melalui notis secara bertulis mengarahkan pengendali menambah kepadanya dalam masa dua puluh lapan hari selepas penyampaian notis itu, wang tunai atau sekuriti yang dinyatakan dalam Jadual Pertama yang bernilai tidak kurang daripada perbezaan itu.
(6)
Seseorang pengendali yang telah membuat suatu deposit di bawah seksyen ini boleh pada bila-bila masa menggantikan mana-mana aset yang terkandung dalam deposit tunai atau sekuriti yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, selagi nilai deposit itu tidak dengan demikian itu dikurangkan kepada suatu amaun yang kurang daripada amaun yang dikehendaki oleh Akta ini.
(7)
Dalam subseksyen yang disebut terdahulu "sekuriti" (kecuali dalam ungkapan "sekuriti Kerajaan") termasuklah apa-apa bentuk pelaburan yang tidak bertentangan dengan Syariah, dan "sekuriti Kerajaan" ertinya sekuriti yang mana prinsipal atau dividennya dicagarkan secara langsung atau dengan jalan gerenti ke atas Kumpulan Wang Disatukan bagi Persekutuan atau mana-mana Negeri, tetapi tiada deposit boleh termasuk—
(a)
apa-apa syer, atau lain-lain sekuriti bagi seseorang pengendali yang didaftarkan di bawah Akta ini;
(b)
kecuali setakat mana suatu hutang yang terkandung dalam deposit dijamin ke atas tanah, apa-apa harta atau kepentingan ke atas tanah; atau
(c)
apa-apa sekuriti yang dibenarkan dalam perenggan 2,3,4,5 dan 6 Jadual Pertama yang mana Menteri atas nasihat Ketua Pengarah dan Akauntan Negara mengisytiharkan secara bertulis kepada pengendali sebagai tidak sesuai bagi maksud suatu deposit.
(8)
Jika menurut subseksyen (7) (c) apa-apa sekuriti yang terkandung dalam suatu deposit diisytiharkan tidak sesuai, pengendali hendaklah dalam masa satu bulan kalendar setelah sekuriti itu diisytiharkan sedemikian, menggantikannya dengan apa-apa sekuriti lain sebagaimana yang dibenarkan oleh seksyen ini.