Malaysia legislation

Section 16

of AKTA TAKAFUL 1984

Seksyen 16

(2)

Maka wang takafu kaitkan de maksudkan pendapatan kandung da kan hanya dan perbe dengan wa

(2)

Tertakluk kepada seksyen ini, hendaklah di masukkan dalam Daftar kesemua sijil Malaysia bagi pengendali, dan tiada sijil yang dimasukkan dalam Daftar boleh dikeluarkan dari Daftar itu selagi pengendali adalah bertanggungan berkenaan dengan sijil itu.

(3)

Seseorang pengendali hendaklah, atas permintaan seseorang yang mempunyai kepentingan dalam manamana sijil pengendali, memberitahunya sama ada atau tidak sijil itu dimasukkan dalam Daftar.

(4)

Jika pengendali terhenti daripada didaftarkan di bawah Akta ini berkenaan dengan mana-mana kelas perniagaan takaful, Daftar hendaklah terhenti daripada wujud sebagai suatu daftar statutori di bawah Akta ini mengenai sijil yang tergolong dalam perniagaan kelas itu dan apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai sijil yang didaftarkan di bawah Akta ini hendaklah ditafsirkan sewajarnya.

(5)

Tertakluk kepada subseksyen (4), Daftar hendaklah, walaupun pengendali pada bila-bila masa terhenti daripada menjalankan mana-mana kelas perniagaan takaful di Malaysia, terus disenggara oleh pengendali bagi sijil yang tergolong dalam kelas itu selagi pengendali adalah bertanggungan berkenaan dengan apa-apa sijil yang didaftarkan atau yang dikehendaki supaya didaftarkan pada masa itu.