Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
(2)
Tertakluk kepada seksyen 24, aset mana-mana kumpulan wang takaful adalah—
(a)
nilai aset Malaysia sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, dengan apaapa tambahan sebagaimana dibenarkan oleh subseksyen (4), adalah tidak kurang daripada lapan puluh peratus daripada jumlah nilai aset kumpulan wang; dan
(b)
nilai pelaburan dalam sekuriti Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang dikeluarkan di Malaysia adalah tidak kurang daripada lima belas peratus dari jumlah nilai aset kumpulan wang itu pada bila-bila masa.
(3)
Bagi maksud-maksud subseksyen (2), maka bolehlah ditambah kepada nilai butiran-butiran yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, amaun atau nilai apa-apa aset kumpulan wang dari jenis-jenis yang berikut:
(a)
caruman yang belum dibayar ke atas sijil perpaduan keluarga yang mana liabiliti masa depan boleh dipenuhi dari aset kumpulan wang;
(b)
jumlah wang yang merupakan dapatan kembali tuntutan-tuntutan dari pengendali takaful semula di dalam atau di luar Malaysia.
(4)
Menteri boleh, berkenaan dengan aset manamana kumpulan wang takaful, menghendaki seseorang pengendali takaful supaya—
(a)
tidak membuat pelaburan dari suatu kelas atau jenis yang tertentu;
(b)
mendapatkan, sebelum tamatnya tempoh tertentu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh Menteri kese-luruhan atau suatu bahagian tertentu pelaburan dari kelas atau jenis tertentu yang dipegang oleh pengendali semasa kehendak itu dibuat.
(5)
Bagi maksud seksyen ini, aset dari semasa ke semasa yang merupakan apa-apa deposit pengendali takaful semula yang dipegang oleh pengendali takaful untuk memenuhi liabiliti kumpulan wang hendaklah dengan persetujuan pengendali takaful semula dianggap sebagai aset kumpulan wang.