Malaysia legislation

Section 18

of AKTA TAKAFUL 1984

Seksyen 18

(a)

membayar apa-apa dividen atas syernya sehingga semua perbelanjaan modalnya (termasuk perbelanjaan permulaan, perbelanjaan kelolaan, komisen penjualan syer, bayaran broker, amaun kerugian yang ditanggung, dan apa-apa butiran perbelanjaan lain yang tidak merupai aset zahir) telah diselesaikan sepenuhnya;

(b)

memberi suatu pendahuluan, pinjaman, kemudahan kredit atau kemudahan pembiayaan terhadap sekuriti syernya sendiri;

(c)

kecuali dalam apa-apa hal-keadaan khas dan sebanyak amaun sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, memberi pendahuluan, pinjaman, kemudahan kredit atau kemudahan pembiayaan—

(i)

kepada mana-mana pengarahnya selain dari pendahuluan, pinjaman, kemudahan kredit atau kemudahan pembiayaan yang dijamin oleh sijil di atas nama pengarah;

(ii)

kepada suatu firma di mana ia atau mana-mana dari pengarahnya mempunyai apa-apa kepentingan sebagai pekongsi, pengurus, atau ejen, atau kepada seorang individu atau suatu firma yang untuknya mana-mana pengarahnya, adalah seorang penggerenti;

(iii)

kepada syarikat yang mana-mana dari pengarahnya mempunyai dua puluh peratus daripada syer mengundi atau lebih;

(iv)

kepada syarikat yang pengendalinya mempunyai dua puluh peratus daripada syer mengundi atau lebih;

(v)

kepada syarikat yang mempunyai dua puluh peratus daripada syer mengundi pengendali atau lebih; dan

(vi)

kepada syarikat dalam mana syarikat yang tersebut dalam subperenggan (v) mempunyai dua puluh peratus daripada syer mengundi atau lebih;

(d)

kecuali dalam apa-apa hal-keadaan khas dan sebanyak apa-apa amaun sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, memberi kepada seseorang selain dari pekerjanya atau kepada orang-orang yang tersebut dalam perenggan (c) suatu pendahuluan tak bercagar, pinjaman tak bercagar, kemudahan kredit bercagar atau kemudahan pembaiyaan tak bercagar;

(e)

kecuali dalam apa-apa hal-keadaan khas sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, bertindak sebagai penggerenti atas suatu pendahuluan, pinjaman, kemudahan kredit atau kemudahan pembaiyaan yang diberi kepada mana-mana orang yang tersebut dalam perenggan (c); dan

(f)

kecuali dengan kelulusan Ketua Pengarah, menyandar, menggadaijanji atau mencagarkan mana-mana aset atau sekuritinya.

(2)

Semua pengarah pengendali adalah bertanggungan secara bersesama atau berasingan untuk menanggung rugi pengendali terhadap apa-apa kerugian yang timbul dari pembuatan pendahuluan tak bercagar, pinjaman tak bercagar, kemudahan kredit tak bercagar atau kemudahan pembiayaan tak bercagar.

(3)

Bagi maksud-maksud subseksyen (1), "pengarah" hendaklah disifatkan termasuk isteri, suami, bapa, ibu, anak lelaki atau anak perempuan pengarah.

(4)

Bagi maksud-maksud seksyen ini dan seksyen 19, "pendahuluan tak bercagar", "pinjaman tak bercagar", "kemudahan kredit tak bercagar" atau "kemudahan pembiayaan tak bercagar" masing-masing ertinya—

(a)

suatu pendahuluan, pinjaman, kemudahan kredit atau kemudahan pembaiyaan yang dibuat tanpa sekuriti; atau

(b)

dalam hal pendahuluan, pinjaman, kemudahan kredit atau kemudahan pembiayaan yang dibuat dengan sekuriti, mana-mana bahagian dari pendahuluan, pinjaman, kemudahan kredit atau kemudahan pembiayaan itu yang pada bila-bila masa melebihi—

(i)

nilai pasaran bagi aset yang menjadi sekuriti itu; atau menjadi sekuriti yang di-

(ii)

nilai aset yang menjadi sekuriti yang ditaksir atas dasar yang diluluskan oleh Ketua Pengarah jika dia berpuas hati bahawa tidak ada nilai pasaran yang tetap.

(5)

Tiada apa jua pun boleh menghalang pengendali daripada melaburkan wangnya mengikut apa-apa cara yang dibenarkan oleh Syariah.