Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
(5)
seksy oleh atau di Mala hendakl dilulusk terma-te
Deng dalam di baw hati b mengil peserta dokur seseor atas t
(4)
Akuan yang tersebut dalam subseksyen (3) hendaklah dibuat dalam mesyuarat pengarah yang pertama yang diadakan—
(a)
setelah orang itu menjadi pengarah pengendali; atau
(b)
(jika telahpun menjadi pengarah) setelah orang itu mula memegang jawatan atau memiliki harta yang kerananya percanggahan itu mungkin timbul.
(5)
Setiausaha lembaga pengarah pengendali hendaklah menyebabkan dibawa dan dibaca apa-apa akuan yang dibuat atau notis yang diberi di bawah seksyen ini dalam mesyuarat lembaga pengarah yang akan datang setelah akuan itu dibuat atau notis itu diberi dan dia hendaklah merekodkannya dalam minit mesyuarat itu.
(6)
Mana-mana pengarah atau setiausaha kepada lembaga pengarah yang bertindak berlawanan dengan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.