Malaysia legislation

Section 21

of AKTA TAKAFUL 1984

Seksyen 21

(2)

Maka hendaklah dibayar masuk ke dalam kumpulan wang skim jaminan takaful melalui Ketua Pengarah semua levi yang boleh dikenakan ke atas pengendali dan dipungut daripada pengendali dengan apa-apa ansuran sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah.

(3)

Tertakluk kepada apa-apa arahan oleh Menteri jumlah amaun levi tidaklah boleh melebihi satu peratus daripada caruman sebenar tiap-tiap tahun seseorang pengendali dalam mana-mana satu tahun yang boleh ditaksirkan bagi perniagaan am dan dalam hal perniagaan perpaduan keluarga bagi apa-apa perniagaan baru yang dijalankan oleh pengendali dalam tahun yang terdahulu.

Dalam hal seseorang pengendali yang tidak mengemukakan penyata statutorinya di bawah seksyen 41 pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan, Ketua Pengarah boleh, bagi maksud mengira amaun levi yang kena dibayar oleh pengendali itu, mentaksir amaun yang disifatkan sebagai pendapatan caruman sebenar pengendali itu bagi tahun yang terdahulu dan amaun yang dipungut itu hendaklah dilaraskan terhadap pendapatan caruman sebenar yang ditunjukkan dalam penyata statutori apabila dikemukakan.

(4)

Apa-apa jumlah wang termasuk apa-apa wang atau pendapatan lain yang diterima atau dibayar ke dalam kumpulan wang skim jaminan takaful termasuk apa-apa keuntungan atau dividen yang diperolehi dari pada apa-apa pelaburan mana-mana jumlah wang dari kumpulan wang itu boleh dikeluarkan dan digunakan dari semasa ke semasa dengan kelulusan dan tertakluk kepada arahan Ketua Pengarah untuk menampung kos pentadbiran, kos undang-undang dan lain-lain kos untuk menyenggara dan mentadbir kumpulan wang itu dan liabiliti mana-mana pengendali taksolven sebagaimana yang ditetapkan.

Bagi maksud subseksyen ini seseorang pengendali hendaklah disifatkan sebagai taksolven jika—

(a)

pada penutup tempoh perakaunan yang akhir yang mana pernyataannya telah diserahsimpan dengan Ketua Pengarah di bawah seksyen 41, pengendali adalah taksolven;

(b)

prosiding penggulungan telah dimulakan terhadap pengendali;

(c)

suatu perintah penerimaan telah dibuat terhadapnya oleh Mahkamah; dan

(d)

pengendali telah diisytiharkan bankrap.

(5)

Menteri boleh menurut budi bicaranya mengarahkan Ketua Pengarah pada bila-bila masa selepas penubuhan kumpulan wang skim jaminan takaful memberhentikan pemungutan apa-apa jumlah wang secara levi jika dia berpuas hati bahawa terdapat wang yang lebih daripada mencukupi dalam salah satu atau kedua-dua kumpulan wang itu untuk menampung liabiliti manamana pengendali taksolven mengikut subseksyen (4), tetapi boleh, jika hal-keadaan membenarkan, mengarahkan Ketua Pengarah supaya menyambung semula pungutan itu daripada pengendali berkenaan dengan salah satu atau kedua-dua kumpulan wang skim jaminan takaful:

Dengan syarat bahawa Menteri boleh dari semasa ke semasa menurut budi bicaranya mengarahkan supaya seksyen ini tidaklah terpakai bagi jenis-jenis perniagaan takaful tertentu dalam mana-mana kelas atau boleh terpakai hanya dengan apa-apa kecualian, sekatan atau atas terma-terma atau selama apa-apa tempoh atau mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkannya.

(6)

Ketua Pengarah boleh melantik mana-mana orang yang layak untuk membantunya dalam pentadbiran dan pembahagian kumpulan wang skim jaminan takaful.

(7)

Wang dalam kumpulan wang skim jaminan takaful setakat yang pada masa itu tidak dikehendaki dibelanjakan bagi maksud-maksud seksyen ini boleh dilaburkan mengikut apa-apa cara yang diluluskan oleh Menteri dan tidak berlawanan dengan Syariah dan semua pendapatan yang terakru berkenaan dengan pelaburan itu hendaklah dikreditkan ke dalam kumpulan wang.