Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
(2)
Jika pengendali tidak membetulkan keingkaran itu dalam masa satu bulan setelah notis diberi, Mahkamah Tinggi boleh atas permohonan Ketua Pengarah membuat apa-apa perintah terhadap pengendali atau mana-mana pengarah atau pegawai pengendali sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah Tinggi dengan tujuan untuk membetulkan keingkaran itu dan selainnya menjamin pematuhan oleh pengendali akan seksyen 15 hingga 21.
(3)
Tiada apa jua yang dilakukan di bawah seksyen ini boleh menjejaskan liabiliti mana-mana orang kerana apa-apa kesalahan terhadap Akta ini.