Malaysia legislation

Section 25

of AKTA TAKAFUL 1984

Seksyen 25

(a)

caruman yang kena dibayar diterima oleh pengendali atau dijamin akan dibayar oleh mana-mana orang mengikut apa-apa cara dan dalam suatu masa sebagaimana yang ditetapkan; atau

(b)

deposit bagi suatu amaun sebagaimana yang ditetapkan adalah dibuat terlebih dahulu mengikut cara yang ditetapkan.

(2)

Jika caruman yang kena dibayar menurut subseksyen (1) diterima oleh mana-mana orang, termasuk ejen takaful atau broker, bagi pihak pengendali, penerimaan itu hendaklah disifatkan sebagai penerimaan yang dibuat oleh pengendali bagi maksudmaksud subseksyen itu dan beban membuktikan bahawa caruman yang kena dibayar itu telah diterima oleh seseorang, termasuk ejen takaful atau broker yang tidak diberi kuasa untuk menerima caruman itu hendaklah terletak pada pengendali.

(3)

Subseksyen (1) dan (2) hendaklah terpakai bagi apa-apa jenis perniagaan am takaful sebagaimana yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

(4)

Jika mana-mana orang, termasuk ejen takaful atau broker, menerima bagi pihak pengendali suatu caruman atas sijil takaful dari jenis yang ditetapkan pada masa itu menurut subseksyen (3), orang itu hendaklah mendeposit dengan, atau menghantar secara pos kepada, pengendali caruman yang dipungut sedemikian itu dalam suatu masa sebagaimana yang ditetapkan berhubungan dengan sijil-sijil dari jenis itu.

(5)

Apa-apa pembayaran balik caruman berhubungan dengan sijil takaful dari jenis yang ditetapkan di bawah subseksyen (3) yang kena dibayar kepada peserta kerana pembatalan sijil atau perubahan di segi terma dan syaratnya atau apa-apa sebab lain hendaklah dibayar oleh pengendali secara langsung kepada peserta dan resit yang sempurna hendaklah diperolehi oleh pengendali dari peserta itu

TAKAFUL dan pembayaran balik itu tidak boleh sekali-kalinya dibayar atau dikreditkan kepada mana-mana orang lain, termasuk ejen takaful atau broker.

(6)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit.