Malaysia legislation

Section 27

of AKTA TAKAFUL 1984

Seksyen 27

(2)

Kehendak di bawah seksyen ini, melainkan jika diperuntukkan selainnya di dalamnya, hendaklah terpakai kepada semua borang dan risalah seperti tersebut di atas tadi yang digunakan selepas kehendak itu dibuat dan sebelum Ketua Pengarah memberitahu pengendali bahawa kehendak itu ditarik balik.

(3)

Jika pada hemat Ketua Pengarah, setelah memberi peluang kepada pengendali untuk membuat representasi secara lisan atau bertulis bahawa manamana borang atau risalah seperti tersebut di atas tadi melanggari atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini, atau dalam apa-apa segi mungkin mengelirukan, dia boleh melalui notis secara bertulis mengarahkan pengendali supaya menghentikan penggunaan borang atau risalah itu sama ada dengan sertamerta atau dari suatu tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.

(4)

Bagi setiap kali seseorang pengendali menggunakan suatu salinan borang atau risalah dengan melanggar subseksyen (3), pengendali adalah bersalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi empat ribu ringgit.

(5)

Dalam seksven ini, "risalah" termasuk apa-apa selembaran, pekeliling atau bahan pengiklanan serupa itu, sama ada bercetak atau tidak.