Malaysia legislation
Section 28
Seksyen 28
Mana-mana orang yang, dengan apa-apa pernyataan, janji atau ramalan yang dia ketahui adalah mengelirukan, palsu atau memperdayakan atau merahsiakan secara fraud sesuatu fakta matan, atau dengan cara semberono membuat (secara fraud atau sebaliknya) sesuatu pernyataan, janji, atau ramalan yang mengelirukan, palsu atau memperdayakan, mendorong atau cuba untuk mendorong orang lain untuk membuat atau menawar untuk membuat apa-apa kontrak takaful dengan seorang pengendali adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.