Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“ajuster”ertinya mana-mana orang yang kerana pampasan, fee, komisen atau gaji menyiasat dan merunding penyelesaian tuntutan yang timbul di bawah kontrak takaful, semata-mata bagi pihak sama ada pengendali takaful atau peserta;
"Akauntan Negara" ertinya Akauntan Negara, Malaysia;
"Akta Koperasi" ertinya Akta Koperasi 1948, atau Ordinan Koperasi 1958 bagi Sabah, atau Ordinan Koperasi bagi Sarawak, mengikut mana yang berkenaan;
“aktuari berkelayakan”ertinya seorang "Fellow" dari Institut Aktuari di England, atau seorang "Fellow" dari Fakulti Aktuari di Scotland, atau seorang "Fellow" dari Persatuan Aktuari di Amerika, atau mana-mana orang lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri;
"Bank Negara"
"broker" ertinya mana-mana individu, firma atau syarikat yang kerana pampasan sebagai seorang kontraktor bebas, dengan apa jua cara mensolisit, merundingi atau mendapatkan kontrak takaful atau pembaharuan atau penerusannya bagi pihak peserta selain daripada dirinya;
"caruman" ertinya ansuran takaful yang kena di bayar oleh peserta;
"Daftar" ertinya daftar sijil takaful yang ditubuhkan oleh pengendali takaful di bawah seksyen 15;
"deposit takaful semula" ertinya suatu amaun yang didepositkan dengan atau yang disimpan oleh pengendali takaful melalui sekuriti bagi pelaksanaan oleh pengendali takaful semula bagi kontrak yang menyanggupi liabiliti yang ditanggung beban oleh pengendali takaful;
"faedah takaful" termasuklah apa-apa faedah, sama ada yang berupa wang atau tidak yang dicagarkan dengan sijil takaful, dan "bayar" serta lain-lain ungkapan, jika digunakan berhubungan dengan faedah takaful, hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;
"Ketua Pengarah" ertinya Ketua Pengarah Takaful yang dilantik di bawah seksyen 54;
"kunci kira-kira statutori" dan "penilaian statutori" masing-masing ertinya suatu kunci kira-kira yang diserahsimpan dengan Ketua Pengarah untuk mematuhi subseksyen (1) seksyen 41, dan suatu penilaian yang keputusannya ditunjukkan dalam suatu kunci kira-kira penilaian yang diserahsimpan dengannya berikutan dari penyiasatan aktuari yang dibuat untuk mematuhi subseksyen (1) seksyen 42 dan—
(a)
apa-apa sebutan mengenai kunci kira-kira statutori yang terakhir atau mengenai penilaian statutori yang terakhir hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenainya kepada yang terakhir disediakan atau dibuat dan tidak digantikan dengan terdapatnya data yang mengikutnya suatu kunci kira-kira statutori atau penilaian statutori yang lain disediakan atau dibuat; dan
"pera yang di
"pern yang tu apa uns
"perp faedah i
"peser masa itu dan wal berhak takaful;
"sijil t bagi per am sam diterangl sijil, dan ditafsirka nai sesua sijil yang bawah ap kan oleh kepada p
(b)
apa-apa sebutan mengenai terdapatnya lebihan aset dari liabiliti bagi suatu kumpulan wang takaful dalam suatu kunci kira-kira statutori atau pada suatu penilaian statutori hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya dengan sebutan mengenai bentuk kunci kira-kira atau kunci kira-kira penilaian yang ditetapkan dan mengenai kaedah-kaedah yang hendaklah diikuti di bawah Akta ini dalam menyediakannya;
"pegawai utama" ertinya seseorang yang, mengikut apa jua nama-jawatan dia dipanggil, dilantik oleh pengendali takaful dan dipertanggungkan dengan tanggungjawab menguruskan hal-ehwal pengendali;
"pengendali" ertinya quat
"pengendali" ertinya suatu syarikat atau persatuan yang menjalankan perniagaan takaful;
"pengendali takaful"
"pengendali takaful", "ejen takaful" dan "broker takaful" ertinya seseorang yang masing-masing menjalankan perniagaan takaful, sebagai pengendali takaful, ejen takaful dan broker takaful;
"peraturan-peraturan"
"peraturan-peraturan" ertinya peraturan-peraturan yang dibuat oleh Menteri di bawah Akta ini;
"perniagaan takeful"
"perniagaan takaful" ertinya perniagaan takaful yang tujuan dan kendaliannya tidak melibatkan apaapa unsur yang tidak diluluskan oleh Syariah;
"perpaduan keluarga"
"perpaduan keluarga" ertinya suatu takaful bagi faedah individu dan keluarganya;
"peserta" termasuklah
“peserta” termasuklah pemegang serahhak pada masa itu jika sesuatu sijil telah diberi kepadanya, dan wakil-wakil diri peserta yang mati jika mereka berhak mendapat faedah sijil itu daripada pengendali takaful;
“sijil takaful” termasuklah
"sijil takaful" termasuklah apa-apa kontrak takaful bagi perniagaan perpaduan keluarga atau perniagaan am sama ada atau tidak terkandung dalam atau diterangkan oleh suatu instrumen dalam bentuk sijil, dan sebutan mengenai pengeluaran sijil hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya. Sebutan-sebutan mengenai sesuatu sijil pengendali takaful termasuklah apa-apa sijil yang berkenaan dengannya pengendali adalah di bawah apa-apa liabiliti, sama ada sijil itu telah dikeluarkan oleh pengendali atau liabiliti itu telah berpindah kepada pengendali daripada seorang pengendali lain;
"takaful"ertinya suatu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu;
"takaful semula" ertinya suatu perkiraan yang bersesuaian dengan prinsip-prinsip takaful yang baik bagi takaful semula liabiliti berkenaan dengan risiko-risiko yang ditanggung atau yang akan ditanggung oleh pengendali takaful semasa dia menjalankan perniagaan takaful;
"tempoh perakaunan", berhubungan dengan pengendali takaful, ertinya tempoh yang baginya pengendali menyediakan akaun perniagaan takaful yang dijalankan olehnya di Malaysia.