Malaysia legislation

Section 32

of AKTA TAKAFUL 1984

Seksyen 32

Seseorang pengendali hendaklah memberi notis secara bertulis kepada Ketua Pengarah akan hal yang mana-mana orang telah menjadi atau terhenti menjadi pengarah urusan, pengarah, ketua eksekutif atau pegawai utama sebelum habis tempoh empat belas hari dari hari berikutan dengan hari yang hal atau perkara itu sampai kepada pengetahuan pengendali.

(2)

Mana-mana pengendali, yang notis di bawah subseksyen (1) telah disampaikan kepadanya, hendaklah membenarkan Ketua Pengarah mendapat akses kepada semua buku, akaun, rekod dan lain-lain dokumen sebagaimana yang dikehendakinya.

(3)

Ketua Pengarah boleh, setelah memberi notis bertulis kepada pengendali dari semasa ke semasa memeriksa secara rahsia buku, akaun dan transaksi manamana pengendali dan mana-mana pejabat cawangannya.