Malaysia legislation

Section 37

of AKTA TAKAFUL 1984

Seksyen 37

(2)

Ketua Pengarah tidaklah dikehendaki menimbangkan sesuatu permohonan untuk mendapatkan lesen di bawah seksyen ini melainkan jika dia telah diberi apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang ditetapkan atau yang dikehendakinya dalam kes tertentu.

(4)

Tiap-tiap lesen di bawah seksyen ini hendaklah diberikan bagi suatu tempoh selama dua belas bulan setelah dibayar fee yang ditetapkan.

(3)

Dalam memberi suatu lesen di bawah seksyen ini Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan boleh pada bila-bila masa menambah, mengubah atau membatalkan syarat-syarat itu.

(5)

Ketua Pengarah boleh membatalkan apa-apa lesen yang diberi di bawah seksyen ini jika dia berpuas hati bahawa apa-apa syarat yang dikenakan ke atas lesen telah dilanggar atau adalah bagi kepentingan awam untuk berbuat demikian.

(6)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi lapan ribu ringgit dengan ditambah sebanyak dua ribu ringgit bagi tiap-tiap satu hari dia dibuktikan telah melakukannya atau penjara selama tempoh tidak melebihi enambulan atau kedua-duanya.