Malaysia legislation

Section 38

of AKTA TAKAFUL 1984

Seksyen 38

(2)

Ketua Pengarah tidaklah dikehendaki menimbangkan sesuatu permohonan untuk mendapatkan lesen di bawah seksyen ini melainkan jika dia telah diberi apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang ditetapkan atau yang dikehendakinya dalam kes tertentu.

(3)

Dalam memberi sesuatu lesen di bawah seksyen ini Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan boleh pada bila-bila masa menambah, mengubah atau membatalkan syarat-syarat itu.

(4)

Tiap-tiap lesen di bawah seksyen ini hendaklah dibenikan bagi suatu tempoh selama dua belas bulan setelah dibayar fee yang ditetapkan.

(5)

Ketua Pengarah boleh membatalkan apa-apa lesen yang diberi di bawah seksyen ini jika dia berpuas hati bahawa apa-apa syarat yang dikenakan ke atas lesen telah dilanggar atau adalah bagi kepentingan awam untuk berbuat demikian.

(6)

Tiada suatu pun dalam seksyen ini boleh dipakai bagi—

(a)

seorang peguambela dan peguamcara dan anggota-anggota dari profesion lain yang bertindak atau membantu menyelaraskan tuntutan takaful yang bersampingan dengan amalan profesion mereka dan yang tidak mengemukakan diri mereka sebagai ajuster;

(b)

seorang ajuster bagi kerugian maritaim; atau

(c)

seorang pekerja pengendali yang, semasa menjalankan pekerjaannya, bertindak atau membantu menyelaraskan tuntutan takaful dan yang tidak mengemukakan dirinya sebagai seorang ajuster.

(7)

Tiap-tiap ajuster hendaklah dalam masa satu bulan setelah berakhirnya setiap suku tahun mengemukakan kepada Ketua Pengarah satu laporan suku tahun dalam borang yang ditetapkan tentang semua kerugian yang menjadi perkara penyelarasan yang dilaksanakan olehnya.

(8)

Seksyen 30 dan 33 adalah terpakai bagi ajuster.

(9)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dengan ditambah sebanyak empat ribu ringgit bagi tiap-tiap satu hari dia dibuktikan telah melakukannya, atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.

(10)

Jika seseorang itu tidak mengemukakan laporan sebagaimana yang dikehendaki oleh subseksyen (7), dia adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dan denda harian tidak melebihi dua ratus ringgit.