Malaysia legislation
Section 41
Seksyen 41
(2)
Seseorang pengendali yang didaftarkan di bawah Akta ini hendaklah diaudit akaunnya bagi setiap tempoh perakaunan yang baginya pernyataan akaun itu disediakan mengikut subseksyen (1), dan apabila pernyataan itu diserahsimpan dengan Ketua Pengarah maka hendaklah diserahsimpan bersama-samanya suatu sijil juruaudit sebagaimana yang dikehendaki oleh Bahagian I Jadual Kedua.
(3)
Audit yang dikehendaki oleh subseksyen (2) hendaklah dibuat oleh seseorang yang—
(a)
mempunyai tempat perniagaan di Malaysia;
(b)
pada masa itu diberi kuasa di bawah seksyen 8 Akta Syarikat 1965, menjadi juruaudit pengendali atau juruaudit syarikat secara am; dan
(c)
pada masa itu telah mendapat kelulusan dari pada Ketua Pengarah untuk bertindak bagi maksud-maksud seksyen ini.
(4)
Dokumen-dokumen yang hendak diserahsimpan dengan Ketua Pengarah di bawah seksyen ini bagi apa-apa tempoh perakaunan pengendali hendaklah disertakan dengan salinan apa-apa laporan yang dikemukakan kepada anggota-anggota pengendali berkenaan dengan tempoh itu dan (jika ia bukan di antara dokumen-dokumen yang diserahsimpan sedemikian) dengan apa-apa pernyataan akaun yang dikemukakan sedemikian berkenaan dengan tempoh itu; tetapi sebutan-sebutan dalam Akta ini mengenai dokumen-dokumen yang diserahsimpan dengan Ketua Pengarah tidaklah boleh dikira termasuk dokumen-dokumen yang dikehendaki oleh seksyen ini disertakan dengan dokumen-dokumen yang diserahsimpan itu.
(5)
Jika apa-apa laporan atau pernyataan yang tersebut dalam subseksyen. (4) adalah dalam bahasa yang lain daripada Bahasa Kebangsaan atau bahasa Inggeris, salinan yang dikehendaki oleh subseksyen itu hendaklah dalam Bahasa Kebangsaan atau bahasa Inggeris dan hendaklah diperakui oleh penterjemah sebagai terjemahan yang sebenar dari salinannya yang asal.