Malaysia legislation
Section 43
Seksyen 43
(2)
Ketua Pengarah boleh, setelah menimbangkan penjelasan yang tersebut dalam subseksyen (1), atau jika penjelasan itu tidak diberi oleh atau bagi pihak pengendali dalam masa yang ditetapkan dalam subseksyen itu, menolak dokumen itu atau memberi apaapa arahan sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi membuat perubahan dalam suatu masa (tidak kurang daripada satu bulan) sebagaimana yang ditetapkan dalam arahan itu.
(3)
Arahan-arahan yang diberi di bawah subseksyen
(2)
berkenaan dengan apa-apa dokumen boleh menghendaki dibuat apa-apa perubahan berbangkit akan apa-apa dokumen lain yang diserahsimpan oleh pengendali di bawah seksyen 41 dan 42. sebagaimana yang ditetapkan dalam arahan itu.
(4)
Jika arahan diberi di bawah subseksyen (2), apaapa dokumen yang berkaitan dengannya hendaklah disifatkan belum diserahsimpan sehingga ianya dikemukakan semula dengan perubahan-perubahan yang dikehendaki oleh arahan itu, tetapi pengendali hendaklah disifatkan telah mengemukakan dokumen itu dalam masa yang dihadkan oleh Jadual Kedua jika ia dikemukakan semula seperti yang tersebut di atas dalam masa yang dihadkan oleh arahan itu.