Malaysia legislation

Section 44

of AKTA TAKAFUL 1984

Seksyen 44

(2)

Seseorang itu adalah berhak, setelah membayar fee yang ditetapkan, memeriksa pada bila-bila masa sepanjang waktu bekerja, di pejabat Ketua Pengarah, apa-apa dokumen yang diserahsimpan oleh pengendali bagi mematuhi seksyen 41 atau 42 dan apa-apa dokumen yang dikehendaki oleh subseksyen (4) seksyen 41 supaya disertakan dengan dokumen yang diserahsimpan sedemikian, dan membuat satu salinan kesemua atau mana-mana bahagiannya:

Dengan syarat bahawa hak itu tidaklah boleh meliputi apa-apa dokumen yang dikecualikan daripada subseksyen ini oleh Bahagian I Jadual Kedua atau dokumen dari apa-apa jenis lain yang diserahsimpan lebih daripada sepuluh tahun terdahulunya.

(3)

Dalam mana-mana prosiding, sesuatu sijil yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah bahawa sesuatu dokumen adalah dokumen yang diserahsimpan oleh pengendali supaya mematuhi seksyen 41 atau 42, atau yang disertakan dengan dokumen yang diserahsimpan sedemikian, bolehlah diterima sebagai keterangan akan fakta-fakta yang diperakui itu.

(4)

Jika seseorang pengendali tidak mematuhi seksyen 41 atau 42, pengendali itu adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dan denda harian tidak melebihi dua ratus ringgit.

Section 44 — TAKAFUL ACT 1984 | mylaw.my