Malaysia legislation
Section 46
Seksyen 46
(a)
pengendali itu tidak dapat atau mungkin tidak dapat memenuhi kewajipannya;
(b)
pengendali itu tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini berhubung dengan kumpulan wang takaful;
(c)
pengendali itu, setelah diberi notis di bawah seksyen 33, belum lagi, dalam masa satu bulan selepas itu, memberi maklumat yang dikehendaki dengan sepenuhnya dan dengan memuaskan;
(d)
pengendali itu tidak mematuhi mana-mana peruntukan seksyen 41, 42 atau 45;
(e)
perbelanjaan atau mana-mana kelas perbelanjaan yang dilakukan semasa memperolehi, menyenggara atau mentadbir apa-apa perniagaan takaful bagi pengendali adalah tinggi dengan tidak wajar berhubungan dengan pendapatan yang diperolehi dari caruman;
(f)
cara dengan mana apa-apa pendapatan atau perbelanjaan pengendali itu diumpuk di antara kumpulan-kumpulan wang takaful atau di antara suatu kumpulan wang takaful dengan mana-mana kumpulan wang atau akaun lain adalah tak saksama; atau
(g)
apa-apa maklumat yang dimiliki oleh Ketua Pengarah memerlukan diadakan penyiasatan seperti itu.
(2)
Sebelum memulakan sesuatu penyiasatan di bawah seksyen ini, Ketua Pengarah hendaklah menyampaikan kepada pengendali suatu notis secara bertulis yang menetapkan bahawa sebelum tamat sesuatu penyiasatan di bawah seksyen ini pengendali tidaklah boleh dalam apa-apa hal-keadaan kecuali dengan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah, melupuskan apa-apa aset yang terletakhak pada pengendali atau yang tenakru kepada pengendali.
Walau apa pun keluasan makna yang tersebut di atas bagi maksud seksyen ini, aset adalah termasuk tetapi tidaklah terhad kepada—
(i)
aset tak alih ... mana-mana tanah, banguan dan lekapan;
(ii)
aset alih ...
apa-apa perabot, kelengkapan, buku, majalah berkala dan apa-apa barangan alih lain, apa-apa kenderaan motor, vesel, kapal, pesawat udara dan lain-lain cara pengangkutan dari apa jua jenis termasuklah apa-apa traktor, jentolak dan apa-apa jenis jentera ringan dan berat yang lain dan juga alat dan perkakas;
(iii)
pelaburan
... apa-apa sekuriti kerajaan Persekutuan, Negeri dan tempatan termasuk sekuriti bagi mana-mana badan kuasi kerajaan atau ejensi;
(iv)
syarikat dan lainlain pelaburan apa-apa stok dan syer sama ada disebut dalam sesuatu bursa saham atau tak disebutkan;
(v)
wang tunai apa-apa wang tunai yang di-depositkan dalam manamana bank, institusi pinjaman atau yang disimpan dengan mana-mana badan atau ejensi lain selama apa-apa jua tempoh sama ada atas akaun semasa atau akaun deposit termasuk apa-apa amaun wang tunai dalam tangan yang boleh ditentukan;
(vi)
lain-lain aset apa-apa caruman, komisen dan lain-lain hutang atau bayaran yang belum dijelaskan yang terhutang dan kena dibayar dan hak yang kontraktual atau selainnya yang terakru atau terletak-hak pada pengendali.
(3)
Ketua Pengarah sendiri boleh menjalankan penyiasatan atau boleh melantik seorang pemeriksa untuk membuat penyiasatan itu dan melaporkan hasil penyiasatan itu kepadanya.
(4)
Ketua Pengarah boleh melantik seorang juruaudit (selain dari juruaudit yang menyediakan pernyataan akaun atau lain-lain pernyataan bagi pengendali di bawah seksyen 41), seorang aktuari, atau mana-mana orang lain yang sesuai menjadi pemeniksa untuk menjalankan penyiasatan di bawah seksyen ini dan kos penyiasatan itu hendaklah dibayar oleh pengendali.
(5)
Dalam membuat sesuatu penyiasatan di bawah seksyen ini, Ketua Pengarah atau pemeriksa boleh menghendaki—
(a)
pengendali, atau mana-mana orang yang menyimpannya bagi pihak pengendali;
(b)
mana-mana orang yang menjadi atau telah pada bila-bila masa menjadi atau bertindak sebagai pengarah, aktuari, juruaudit, pegawai, pengkhidmat atau ejen pengendali; atau
(c)
mana-mana peserta pengendali yang dahulu atau sekarang, mengemukakan untuk pemeriksaannya, dan membenarkannya mempunyai akses kepada dan menyalin kesemua atau mana-mana bahagian daripada, manamana buku, akaun, rekod atau lain-lain dokumen pengendali, sama ada yang disimpan di Malaysia atau di tempat lain (termasuk dokumen yang menerangkan hakmilik pengendali ke atas sesuatu aset):
Dengan syarat bahawa suatu kehendak di bawah subseksyen ini hendaklah meliputi hanya dokumen-dokunen berhubungan dengan perniagaan yang dijalankan oleh pengendali di Malaysia, atau yang menerangkan hak milik pengendali ke atas aset yang dipegang bagi maksud apa-apa perniagaan seperti itu.
(6)
Dalam membuat sesuatu penyiasatan di bawah seksyen ini, Ketua Pengarah atau pemeriksa boleh menghendaki mana-mana individu sebagaimana yang ditetapkan dalam subseksyen (5) supaya hadir di hadapannya dan diperiksa dengan mengangkat sumpah berkenaan dengan perniagaan pengendali, dan bagi maksud-maksud subseksyen ini boleh mengendalikan sumpah.
(7)
Jika bila dikeh seksyen (5 dalam sin menyerah atau pem yang dike demikian, mengesahnya dan d Tinggi b setelah m kan terha kan itu yang dibo itu denga salah kera