Malaysia legislation
Section 47
Seksyen 47
(a)
(7)
Jika mana-mana orang enggan atau tidak, apabila dikehendaki berbuat demikian di bawah subseksyen (5) atau (6), mengemukakan sesuatu dokumen dalam simpanan atau kuasanya atau hadir atau menyerah untuk pemeriksaan oleh Ketua Pengarah atau pemeriksa atau pun menjawab apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya apabila diperiksa sedemikian, Ketua Pengarah atau pemeriksa boleh mengesahkan keengganan itu di bawah tandatangannya dan dihantar ke Mahkamah Tinggi; dan Mahkamah Tinggi boleh selepas itu menyiasat kes itu, dan setelah mendengar mana-mana saksi yang di kemukakan terhadap atau bagi pihak pesalah yang dikatakan itu dan setelah mendengar apa-apa pernyataan yang diberi sebagai pembelaan, menghukum pesalah itu dengan cara yang sama seolah-olah dia telah bersalah kerana menghina Mahkamah Tinggi.