Malaysia legislation

Section 48

of AKTA TAKAFUL 1984

Seksyen 48

(2)

Ketua Pengarah hendaklah menjadi suatu pihak dalam mana-mana prosiding di bawah Akta Syarikat 1965, berhubungan dengan penggulungan pengendali seperti itu, dan likuidator dalam penggulungan itu hendaklah memberi kepadanya apa-apa maklumat yang ditanyai dari semasa ke semasa mengenai hal-ehwal pengendali itu.

(3)

Bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta Syarikat 1965, bagi penggulungan pengendali seperti itu oleh Mahkamah, liabiliti kontingen dan prospektif pengendali berkenaan dengan sijil hendaklah, dalam menentukan sama ada ia tidak dapat membayar hutangnya, dianggarkan mengikut peraturan-peraturan itu; dan keterangan bahawa pengendali adalah taksolven pada penutup tempoh perakaunan yang akhir yang baginya pernyataan akaun telah diserahsimpan dengan Ketua Pengarah di bawah seksyen 41 hendaklah menjadi bukti bahawa pengendali itu terus tidak dapat membayar hutangnya.

(4)

Jika Menteri mengemukakan kepada Jawatankuasa Kaedah cadangan-cadangan bagi membuat peruntukan khas di bawah seksyen 372 Akta Syarikat 1965, berhubungan dengan pengendali yang didaftarkan di bawah Akta ini atau apa-apa jenis pengendali, Jawatankuasa itu boleh melalui kaedah-kaedah di bawah seksyen itu melaksanakan cadangan-cadangan, sama ada sebagaimana dikemukakan atau tertakluk kepada apa-apa ubahsuaian sebagaimana yang difikirkan patut oleh Jawatankuasa.

(5)

Cadangan-cadangan di bawah subseksyen (4), dan kaedah-kaedah yang dibuat menurut kuasanya, boleh mengadakan peruntukan bagi pengubahsuaian atau pengecualian, berhubungan dengan pengendali yang didaftarkan sedemikian, peruntukan-peruntukan Bahagian X Akta Syarikat 1965 yang menghendaki diadakan mesyuarat atau selainnya berhubungan dengan prosedur dalam penggulungan.

(6)

Dalam penggulungan pengendali yang didaftarkan di bawah Akta ini, subseksyen (2) seksyen 291 Akta Syarikat 1965 (yang memakai kaedah-kaedah kebankrapan dalam penggulungan syarikat taksolven) tidak-lah terpakai bagi penilaian liabiliti berkenaan dengan sijil; tetapi dalam sesuatu penggulungan itu, sama ada pengendali itu taksolven atau tidak, liabiliti itu hendak-lah dianggarkan mengikut peraturan-peraturan dan, berkenaan dengan perkara-perkara yang tidak ditetapkan oleh peraturan-peraturan, atas dasar yang diluluskan oleh Mahkamah:

Dengan syarat bahawa dalam penggulungan sukarela seorang anggota, dasar yang akan dipakai berkenaan dengan perkara-perkara yang tidak ditetapkan oleh peraturan-peraturan boleh diluluskan oleh Ketua Pengarah dan bukannya oleh Mahkamah.

(7)

Sebutan-sebutan dalam seksyen ini mengenai pengendali yang didaftarkan di bawah Akta ini hendak-lah juga meliputi pengendali yang telah terhenti daripada didaftarkan sedemikian tetapi terus berada di bawah apa-apa liabiliti berkenaan dengan sijil Malaysia.