Malaysia legislation

Section 49

of AKTA TAKAFUL 1984

Seksyen 49

(2)

Jika Ketua Pengarah memberi pengendali suatu arahan seperti tersebut di atas tadi tetapi, atas suatu petisyen supaya pengendali digulungkan oleh Mahkamah, Mahkamah berpuas hati bahawa pengendali boleh membayar hutangnya dengan penuh dalam masa dua belas bulan atau suatu tempoh yang lebih lama sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah, Mahkamah boleh (jika difikirkannya patut) memerintahkan supaya hal-ehwal pengendali digulung hanya berkenaan dengan kumpulan wang takaful yang disenggara untuk jenis perniagaan yang dimaksudkan dengan arahan itu.

(3)

Suatu perintah di bawah subseksyen (2) bagi penggulungan yang terhad hendaklah mempunyai kesan yang sama seperti suatu perintah supaya pengendali digulungkan secara am, kecuali setakat mana seksyen ini memperuntukkan selainnya.

(4)

Jika perintah seperti itu dibuat, kuasa likuidator hendaklah kena dijalankan hanya bagi maksud menggunakan aset bagi kumpulan wang takaful yang relevan sahaja (termasuk deposit di bawah Akta ini) dalam melepaskan liabiliti yang mengenainya ia terpakai, bersama-sama dengan kos, caj dan perbelanjaan yang dilakukan dalam penggulungan itu; tetapi pengendali hendaklah dari semasa ke semasa, sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah, membuat apa-apa tambahan kepada aset itu sebagaimana yang dikehendaki untuk menjaminkan yang ia mencukupi bagi maksud itu atau hendaklah, jika Mahkamah mengarahkan sedemikian, melepaskan mana-mana liabiliti itu dari aset lain.

ah memberi pengendali seksyen (1) (e) seksyen ng oleh Mahkamah di lah-olah ia telah mengseluruhan tahun (atau, ih Penggal 5 Bahagian ah terhenti menjalan-eri pengendali suatu tadi tetapi, atas digulungkan oleh i bahawa pengen-gan penuh dalam npoh yang lebih nunasabah oleh difikirkannya val pengendali mpulan wang niagaan yang en (2) bagi inyai kesan pengendali ea seksyen

(5)

Dalam penggulungan seseorang pengendali di bawah perintah seperti itu, Akta Syarikat 1965 hendak-lah mempunyai kuatkuasa tertakluk kepada ubahsuaian yang berikut:

(a)

seksyen 214

(a)

seksyen 214 (atau, mengikut mana yang berkenaan, seksyen 316) dan lain-lain seksyen setakat mana ianya berhubungan dengan caruman tidaklah terpakai;

(b)

seksyen 222 berhokkah;

(b)

seksyen 222 hendaklah terpakai, sebagaimana terpakai sebelumnya, setelah dibuat perintah penggulungan, dan subseksyen (3) seksyen 126 tidaklah terpakai; dan

(c)

seksyen 223, 224, 272, 290

(c)

seksyen 223, 224, 272, 283 dan 293 hingga 299 tidaklah terpakai.

(6)

Jika perintah seperti itu dibuat, Mahkamah boleh pada bila-bila masa, atas permintaan likuidator atau mana-mana orang yang mungkin membuat petisyen supaya pengendali digulungkan, menggantikan suatu perintah supaya pengendali digulungkan secara am, dan memberi apa-apa arahan yang difikirkan patut oleh Mahkamah tentang perkara-perkara yang sedang berjalan di bawah perintah yang terdahulu, dan, tertakluk kepada apa-apa arahan seperti itu, penggulungan hendaklah, bagi segala maksud berkaitan dengan perintah yang digantikan itu, disifatkan telah mula berkuatkuasa pada masa pemakaian perintah itu.