Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(a)
oleh suatu syarikat sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965; atau
(b)
oleh suatu koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi.
(2)
Tiada syarikat atau koperasi seperti itu boleh menjalankan perniagaan perpaduan keluarga atau perniagaan am atau kedua-duanya di Malaysia sebagai pengendali takaful melainkan jika—
(a)
ia didaftarkan di bawah Akta ini berkenaan dengan kelas perniagaan itu atau kedua-duanya;
(b)
dalam hal syarikat sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965 dan koperasi yang disebutkan dalam subseksyen (1) (b), ia mengekalkan pada setiap masa lebihan aset dari liabiliti sebanyak tidak kurang daripada amaun yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa;
(c)
ia mempunyai deposit yang dikehendaki oleh Akta ini berkenaan dengannya; dan
(d)
ia adalah anggota persatuan takaful yang diluluskan oleh Menteri/
(3)
Bagi maksud-maksud subseksyen (2) (b), lebihan aset hendaklah dalam bentuk wang tunai atau sekuriti yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, atau manamana gabungannya.
(4)
Bagi maksud-maksud seksyen ini, nilai aset dan liabiliti takaful boleh ditentukan mengikut dasar yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa.
(5)
Seseorang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi lapan puluh ribu ringgit, dengan ditambah sebanyak enam belas ribu ringgit bagi tiap-tiap satu hari yang dia dibuktikan telah melakukannya, atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.