Malaysia legislation
Section 51
Seksyen 51
(2)
Mana-mana pengendali bawah Akta Koperasi kecuali kepada suatu koperasi lain yang didaftarkan sedemikian, dan juga tidaklah boleh memindahkan kepada pertubuhan itu apa-apa perniagaan kecuali perniagaan sesuatu koperasi yang lain.
(2)
Mana-mana pengendali yang didaftarkan di bawah Akta ini hendaklah menurut kuasa seksyen ini mempunyai kuasa untuk membuat pemindahan seperti itu melalui skim di bawah seksyen ini, dan pengarah
TAKAFUL adalah berkuasa bagi pihak pengendali membuat perkiraan mengenai pemindahan itu dan melakukan semua perkara yang perlu untuk melaksanakan pemindahan itu; dan subseksyen ini hendaklah terpakai walaupun ketiadaan kuasa atau autoriti di bawah perlembagaan pengendali atau ada apa-apa sekatan yang dikenakan oleh perlembagaannya atas kuasa pengarah.
(3)
Suatu skim di bawah seksyen ini boleh mengadakan peruntukan bagi perniagaan yang berkenaan dipindahkan kepada badan yang tidak didaftarkan sebagai pengendali di bawah Akta ini berkenaan dengan kelas perniagaan yang relevan (termasuk suatu badan yang belum lagi wujud), jika skim itu dirangka sedemikian untuk berkuatkuasa hanya sekiranya badan itu didaftarkan sedemikian.
(4)
Suatu skim di bawah seksyen ini bagi pemindahan sesuatu perniagaan takaful boleh meliputi pemindahan dengannya apa-apa perniagaan lain, yang bukannya perniagaan takaful, di mana perniagaan yang satu lagi itu dijalankan oleh pengendali sebagai tambahan sahaja kepada perniagaan takaful yang dipindahkan.
(5)
Suatu skim di bawah seksyen ini boleh termasuk peruntukan-peruntukan mengenai perkara-perkara yang bersampingan dengan pemindahan yang dilaksanakan itu, dan peruntukan untuk menguatkuasakan pemindahan itu, dan khususnya—
(a)
bagi apa-apa harta, hak atau liabiliti pemindah-milik (termasuk aset yang terkandung dalam suatu deposit di bawah Akta ini atau dalam kumpulan wang takaful) diletakhakkan, menurut kuasa skim itu dan tanpa asurans selanjutnya atau asurans lain, pada penerima pindahmilik; dan
(b)
bagi pendaftaran oleh penerima pindahmilik sijil, bagi amaun yang dimasukkan berkenaan dengan sijil ke dalam kumpulan wang takaful penerima pindahmilik dan bagi perkara-perkara yang timbul di bawah Akta ini dari pemindahan itu.
(6)
Suatu skim di bawah seksyen ini tidak akan berkuatkuasa melainkan jika disahkan oleh Mahkamah Tinggi, tetapi boleh disediakan dan dikemukakan untuk pengesahan kepada Mahkamah Tinggi oleh mana-mana pengendali berkenaan; dan jika disahkan sedemikian, skim itu hendaklak mempunyai kuatkuasa menurut tenornya walau apa pun peruntukan yang terkandung dalam seksyen yang terdahulu dan hendaklah mengikat mana-mana orang yang terlibat dengannya itu.